Hilmy's blog

Segala Usaha Anda Sia-Sia?

Adakah anda mula rasakan segala tindakan anda tidak mendatangkan apa-apa hasil?

Anda tidak melihat sebarang kemajuan?

Matlamat yang anda cita-citakan mungkin tidak kesampaian selamanya dsb...

Hakikatnya, setiap tindakan kita pasti akan membawa kita kepada apa yang kita sasarkan. Persoalannya adalah samada kita menghampiri atau menjauhinya.

Lihat sedikit huraiannya di sini:

http://andrewhansen.name/mindset/actions-reactions-and-tipping-points/

Sila berikan komen anda di bawah...

 

Posted In

Membina Perniagaan Internet - Apa Yang Anda Mahu Sebenarnya

Jika anda tanya sesiapa saja yang memulakan perniagaan internet, sebahagian besar mungkin mengatakan ianya adalah kerana "mahukan wang".

Kenapa wang? Wang bukan segala-galanya! Ada yang berhujah.

Ini adalah salah satu contoh kehidupan peniaga internet, sila lihat video ini.

Ini adalah satu topik yang tidak pernah habis didebatkan dan setiap orang mempunyai hujah-hujah masing-masing. Bagus bagus. Ini menunjukkan kita bukan sekadar jadi pak turut sahaja.

Kali ini saya tak berniat untuk meneruskan perdebatan di atas. Berpeganglah dengan pendapat anda, itu yang paling baik.

Cuma saya tidak mahu anda memasang 'niat' yang tidak tepat. Bukannya apa, cuma bayangkan setelah beberapa lama bermati-matian membina bisnes internet anda dan... anda berjaya menjana wang yang banyak...tiba-tiba anda sedar bahawa ada sesuatu yang anda TIDAK ADA.

Posted In

Layakkah Anda Jadi Pemasar Internet - Bhg 2

Dalam bahagian 1 saya mungkin kelihatan sangat negatif. Itu saya akui dan saya masih berpegang kepada nada yang sama.

Tujuan saya? Itu adalah semata-mata untuk menyatakan bahawa perniagaan internet, bahkan apa perniagaan sekali pun bukan suatu yang boleh diambil mudah. Ini adalah supaya anda tidak mudah terpedaya dengan orang-orang yang mengambil kesempatan di atas kenaifan anda.

Saya tidak bertujuan mematahkan semangat anda, bukan. Saya mahu anda menerima kenyataan ini terlebih dahulu. Jika anda menceburi bidang ini dengan "expectation" yang salah, anda akan pasti gagal - maaf!

Posted In

Akaun PayPal Untuk Anda - Percuma dan Mudah!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.