Layakkah Anda Jadi Pemasar Internet - Bhg 1

Anda baru cuba berjinak-jinak dengan perniagaan internet?

Atau dah mula sekian lama tapi belum buat pendapatan yang memuaskan dari internet?

Pastikah anda yang perniagaan ini adalah untuk anda? Bolehkah anda berjaya?

Ya, sekarang ni semua orang bercakap betapa senangnya buat duit melalui internet. Buat kerja satu jam dapat income puluh-puluh ribu!

Anda pun tertarik dengan cerita-cerita tu dan ingin mencuba nasib anda di dalam perniagaan ini.

Anda diberitahu oleh penjual ebook yang anda boleh buat wang beribu ringgit dalam masa 7 hari contohnya. Anda pun beli ebook tersebut dan selepas 3 bulan tiada apa-apa berlaku. Satu sen pun tak masuk poket!

Anda pergi ke seminar perniagaan internet. Balik rumah dan selepas beberapa bulan tiada pun wang yang masuk.

Anda join pemasaran "ecommerce", bayar wang ahli, pergi meeting tiap-tiap minggu. Ajak kawan-kawan dan ahli keluarga join sekali. Enam bulan berlalu ada terima bonus sedikit tapi lama-lama makin kurang dan akhirnya abis langsung. Kena marah dengan ahli keluarga, kawan-kawan pun tak nak kawan lagi.

Pertama, bukan anda seorang sahaja yang mengalami keadaan ini. Ramai lagi pembeli ebook tersebut yang tertanya-tanya. Mungkin lebih 90% mereka yang termasuk golongan ini.

Kedua, siapa yang buat duit sebenarnya? Hehe penjual ebook, penaja seminar dan upline syarikat ecommerce tulah sape lagi.

Ok saya bukan anti penjual ebook atau sape2, bukan.

Tapi punca masalahnya adalah anda sendiri!

Ya anda! Anda membiarkan diri percaya bahawa perniagaan ini adalah terlalu senang. Anda ingin cari jalan mudah, tak nak susah-susah. Anda nak kaya cepat.

Anda, anda, anda.

Semua orang mahu anda percaya pemasaran internet ini mudah, bahawa produk mereka yang terbaik dan paling berkesan. Sebabnya mereka mahu anda membeli produk mereka!

Jika anda menerima pendapat ini, anda telah memulakan sesuatu dengan pemikiran yang salah.

Apa akan jadi jika apa yang anda mimpikan tidak menjadi. Duit yang diharap-harapkan tidak pun masuk ke akaun bank anda.

Anda akan kecewa dan patah hati. Anda buat kesimpulan bahawa pemasaran internet ni adalah karut semata-mata.

Sebenarnya anda mulai perjalanan anda di tempat mula yang salah. Tak hairanlah jika anda tidak sampai ke tempat tujuan yang anda rancangkan.

Maaf kerana menyalahkan anda di sini dan saya bukannya seorang yang berfikiran negatif. Tidak sekali!

Saya cuma mahu anda jelas sebelum anda melangkah untuk membuat sesuatu. Saya hanya mahu anda melihat perniagaan internet ini sepertinya, seadanya.

Kalau nak tahu sebenarnya saya sendiri pernah melalui jalan ini dan tersilap langkah! Jadi saya tak mahu anda ulangi kesilapan-kesilapan ini. Tujuannya supaya anda boleh mencapai matlamat anda dengan lebih mudah (tapi ingat bukan tanpa berusaha).

Saya bukan kata anda anda tak boleh berjaya kali ini dengan perniagaan online ni, cuma anda perlu fahami beberapa perkara asas terlebih dahulu. Ikutilah bab-bab seterusnya dan akan tahu semuanya.

Ingat: Perniagaan ini bukan untuk cepat kaya dengan cara mudah. Kalau itu niat anda, maaf, anda pasti akan kecewa.

Kalau ada iklan yang menjanjikan kekayaan instan kepada anda, lari secepat yang boleh dan jangan pandang ke belakang!

 

Akan datang: Layakkah Anda Jadi Pemasar Internet - Bab 2

Akaun PayPal Untuk Anda - Percuma dan Mudah!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.