Jika anda tanya sesiapa saja yang memulakan perniagaan internet, sebahagian besar mungkin mengatakan ianya adalah kerana "mahukan wang".
Kenapa wang? Wang bukan segala-galanya! Ada yang berhujah.
Ini adalah salah satu contoh kehidupan peniaga internet, sila lihat video ini.
[video:http://youtube.com/watch?v=NF_jIprgrVc]
Ini adalah satu topik yang tidak pernah habis didebatkan dan setiap orang mempunyai hujah-hujah masing-masing. Bagus bagus. Ini menunjukkan kita bukan sekadar jadi pak turut sahaja.
Kali ini saya tak berniat untuk meneruskan perdebatan di atas. Berpeganglah dengan pendapat anda, itu yang paling baik.
Cuma saya tidak mahu anda memasang 'niat' yang tidak tepat. Bukannya apa, cuma bayangkan setelah beberapa lama bermati-matian membina bisnes internet anda dan... anda berjaya menjana wang yang banyak...tiba-tiba anda sedar bahawa ada sesuatu yang anda TIDAK ADA.
Ok, ini adalah pendapat saya saja dan anda berhak menolaknya iaitu - ada satu lagi perkara yang lebih tinggi nilainya dari wang atau uang. Ha! apa dia?
Ingat apa itu 'Al-Asr'.
M-A-S-A!
Mungkin ramai yang tidak sedar hakikat ini. Berapa ramai orang yang berwang tetapi miskin dari segi masa. Anda boleh fikirkan sendiri contohnya. Ini adalah satu hujung yang ekstrem.
Di satu hujung lagi yang ekstrem juga, ramai orang yang banyak masa tapi tidak berwang.
Yang paling baik (pendapat saya) adalah mempunyai kedua-duanya dalam keadaan seimbang.
Apa gunanya masa? Bagi saya, masa adalah modal untuk mencari kebaikan dunia dan akhirat.
Wang? sebagai bahanapi untuk tugas di atas. Kalau kita berkereta, kita perlukan minyak untuk menggerakkannya bukan?
Sekarang, wang boleh dicari dengan ribuan cara terutamanya yang halal seperti bekerja makan gaji atau berniaga.
Masa? Inilah masalahnya.
Hampir kesemua pekerjaan dan perniagaan merupakan pertukaran antara wang dan masa. Kalau mahu wang lebih, lebih masa perlu digunakan. Itu saja, tiada pilihan.
Sedangkan anda perlu masa untuk urusan yang disebutkan diatas.
Sebenarnya ada banyak penyelesaiannya, jangan bimbang.
Di zaman internet ini, ianya menjadi lebih mudah untuk dicapai. Walaupun begitu harap jangan salah faham, ini memerlukan usaha anda terlebih dahulu bukannya ia datang bergolek. Ianya adalah natijah. Faham kan?
Ok, ini pun topik yang panjang ni. Kita bincang lagi di masa akan datang.
Apa yang kita saksikan alam video tadi adalah 'buah'nya. Kita perlu juga mengkaji apa yang JC lakukan sebelum sampai ke tahap itu.
Ok, jangan lupa beri komen anda di bawah ni ye...
Dapatkan khidmat freelancer untuk membantu anda memajukan idea anda dengan segera.
Di sini pihak yang memerlukan servis dipertemukan dengan freelancer pilihan mereka dengan cara yang mudah, cepat dan murah.
Buat masa ini servis adalah percuma.